KANGAR, 8 Nov — Kerajaan Negeri Perlis menyasarkan seramai satu juta pelancong yang akan bermalam di negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Asmaiza Ahmad hari ini.

Katanya sasaran itu ditetapkan kerana Perlis menerima kemasukan sekitar lima juta pengunjung setiap tahun dan sehingga kini Perlis menjadi transit kepada pengunjung untuk pergi ke Langkawi dan Thailand atau pelancong balik hari yang datang membeli belah di Padang Besar.

“Kerajaan negeri kini sedang giat menambah baik kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan untuk menarik perhatian pelancong untuk bermalam sekurang-kurangnya satu hari di sini,” katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Lawatan Suai Kenal Perlis di sini.

Menurutnya usaha itu dijalankan bukan sahaja untuk mempromosi negeri itu untuk Tahun Melawat Malaysia 2020 tetapi juga untuk menyediakan Perlis bersedia menerima pengunjung pada Tahun Melawat Perlis 2021.

“Sekiranya satu juta pengunjung bermalam di Perlis, peningkatan pendapatan negeri ini akan meningkat sehingga 20 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here