KANGAR, 6 Okt — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan majlis Pelancaran Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Negeri Perlis di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis tersebut diadakan sempena Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Pusingan Ke-7 2019 yang menyaksikan Perlis sebagai tuan rumah.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas pusingan ke-7 ini adalah anjuran Safe Aim Mutual Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Perlis dan JBS Perlis.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas merupakan kejohanan lumba motosikal terbesar di Malaysia.

Kejuaraan ini telah melahirkan pelumba-pelumba berkaliber seperti pelumba MotoGP negara Hafidz Syahrin Abdullah, pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi dan ramai lagi yang digeruni di rantau Asia.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas meraikan jubli perak tahun ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here