Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 18 April  — Lapan doktor pakar dari China telah tiba di negara ini, bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memerangi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, pihaknya telahpun mengadakan ‘teleconferencing’ dengan doktor-doktor dari China itu dan akan memperhalusi pelbagai isu bersama mereka.

Menurutnya, ada di antara lapan orang doktor itu, adalah daripada ‘National Health Commissions of China’, Guangdong.

“Dan antara kepakaran mereka ialah ‘intensivist’ dan pakar penyakit berjangkit, dan ‘data analytic’ dan juga pelbagai kepakaran dari situ.

“Jadi mungkin dengan kepakaran mereka di Hubei (China) hari itu, kita boleh kongsi dan juga dapat melihat kepada kajian-kajian kita contohnya dan juga perkhidmatan kita di hospital, bagaimana kita boleh pertingkatkan lagi perkhidmatan kita,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here