NEW DELH, 18 April  — Sebuah pesawat khas, Malindo Air pada Sabtu memindahkan 179 penumpang kebanyakannya warga Malaysia dari India dan Sri Lanka, di tengah-tengah sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19. 

Pesawat yang membawa 97 rakyat Malaysia termasuk bayi itu berlepas dari Chennai pada tengah hari, kemudian menuju ke Colombo untuk mengangkut 82 lagi penumpang.

Penerbangan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas antara isu dibincangkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan rakan sejawatannya dari India, S. Jaishankar dan Dinesh Gunawardena dari Sri Lanka, baru-baru ini.

Sebelum ini, seramai 2,876 rakyat Malaysia dibawa pulang dari India menerusi 18 penerbangan khas. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here