PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) — Malaysia pertama kali mencatatkan satu angka kes COVID-19 apabila hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumuman hari ini, iaitu yang terendah pernah dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 8,329 kes, manakala terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Beliau berkata, ini menjadikan bilangan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,518 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. 

“Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. 

Tambah beliau, tiada kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian wabak berkenaan kekal 117 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here