Kuala Lumpur, 9 Julai- Wakil rakyat daripada kedua-dua belah bahagian percaya sekarang bukan masanya untuk pilihan raya awal, tetapi perlu fokus kepada membangunkan semula ekonomi.

Mereka berkata ini adalah penting susulan pandemik Covid-19 amat menjejaskan ekonomi.

Senator Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata negara sedang berdepan krisis yang pertama kali berlaku dalam menangani wabak.

“Sidang Parlimen akan datang akan fokus kepada bagaimana membawa kita (sebagai sebuah negara) keluar daripada krisis Covid-19 yang menjejaskan ekonomi.

“Ada cakap-cakap tentang pilihan raya awal, tetapi fokus perlu diberikan kepada ekonomi,” katanya pada forum secara atas talian berkenaan apa yang akan menjadi fokus pada persidangan Dewan Rakyat pada bulan ini, anjuran Institut Yusof Ishak hari ini.

Pada 21 Jun, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata pilihan raya awal adalah penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu politik semasa, terutama berkaitan majoriti nipis oleh pakatan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, pemimpin Umno dan PAS berkata Muafakat Nasional sedang siap siag untuk menghadapi pilihan raya awam dengn menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan Parlimen untuk mengadakan aktiviti politi.

Antara tugas jawatankuasa 22 ahli itu ialah memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi oleh dua parti itu.

Ahmad berkata tidak laam lagi rakyat akan lebih terjejas apabila moratorium enam bulan pinjaman bank akan berakhir pada September.

“Masih ada rakyat yang masih merana. Apatah lagi bila moratorium ditarik balik.

“PN perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan (untuk membantu rakyat),” katanya.

Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP Dr Ong Kian Ming turut bersetuju bahawa sekarang bukan masanya untuk pilihan raya awal.

“Ini bukan masa terbaik untuk pilihan raya diadakan kerana sukar untuk pengundi balik ke kawasan mengundi kerana Covid-19.

“Kita juga belum melaksanakan pendaftaran pengundi automatik. Kita perlu kembalikan fokus kepada ekonomi.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here