CANBERRA, 11 Ogos — Ketua Menteri Wilayah Utara Australia (NT) Michael Gunner pada Selasa mengumumkan sempadan domestik wilayah itu akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh 18 bulan lagi, lapor agensi berita Xinhua.

Gunner berkata, kerajaannya akan merekrut lebih ramai polis untuk menguatkuasakan penutupan sempadan itu. 

Katanya, senarai sempadan negeri dan wilayah NT yang ditutup semakin bertambah dan menyifatkan tempoh 18 bulan adalah anggaran yang “konservatif” untuk membolehkan sempadan itu dibuka semula. 

Di bawah sekatan sekarang, mereka yang melakukan perjalanan dari Victoria dan Sydney – lokasi adanya jangkitan COVID-19 secara berterusan dalam kalangan komuniti – perlu menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu atas perbelanjaan sendiri. 

“Nasihat saya kepada semua, jika boleh, tinggal di sini di wilayah anda. Jangan pergi, anda selamat di sini.”

“Jika boleh, batalkan rancangan percutian Krismas anda, tinggal di sini di Wilayah Utara.”

NT hanya mencatatkan 33 kes COVID-19 yang disahkan – jumlah paling sedikit berbanding lapan negeri dan wilayah Australia – dan tiada kematian.

Gunner berkata keputusan untuk menjaga sempadan NT demi melindungi penduduk asli terutamanya dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here