GEORGE TOWN, 15 Ogos — Kongres Teknologi Maklumat Dunia 2020 (WCIT2020) dan acara TechFest2020 akan disiarkan secara langsung dari 18 hingga 20 Nov ini dari Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Baru dekat sini, dengan jangkaan 77 peratus kadar penembusan kediaman di seluruh negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata streaming secara langsung dalam talian tersedia buat penonton global, bersama dengan sesi padanan dan rangkaian perniagaan ke perniagaan (B2B) yang dijana oleh AI, di samping penyediaan ruang petak maya pintar.

Festival teknologi global selama tiga hari untuk akses pasaran dan pertumbuhan itu akan menampilkan siaran secara langsung dari Pulau Pinang, dengan acara fizikal eksklusif dan streaming dalam talian kepada penonton global, di samping pameran maya, padanan dan rangkaian B2B dijana oleh AI, serta penampilan pelbagai bengkel,” katanya dalam persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata pandemik COVID-19 telah memacu transformasi digital yang dirancang kerajaan negeri Pulau Pinang, dan keadaan semasa yang semakin bertambah baik mendorong kerajaan negeri untuk meneruskan penganjuran WCIT 2020 ke-20 dan TechFest2020 Pulau Pinang dengan tarikh baharu, dan dilaksanakan dalam norma baharu.

“Kami menjangka akan dapat menarik penyertaan dalam talian sehingga 3,000 pihak yang terdiri daripada pemegang taruh antarabangsa, kapten industri, pemimpin kerajaan dan ahli akademik dari lebih 80 negara,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here