PADANG BESAR, 15 Ogos — Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang meneliti cadangan agar semua media penyiaran menyiarkan lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara setiap 12 tengah hari.

Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkara itu diamalkan oleh beberapa negara dalam usaha mengindotrinasikan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat mereka.

“Kita mahu rakyat menghormati Rukun Negara, hormati negara dan mempunyai semangat patriotik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@ Komuniti Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata selain itu KKMM turut bercadang menyediakan Jalur Gemilang dan pin berbentuk bendera pada setiap program bagi membangkitkan semangat cintakan negara.

“Nilai patrotik adalah lebih penting daripada nilai belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat cintakan negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here