KUALA LUMPUR, 31 Okt  — FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) menyokong penuh inisiatif Persatuan Takaful Malaysia (MTA) ‘Race for Cover Towards Takaful 2020’,  usaha bersepadu oleh industri untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan Takaful keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Salim Majid Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata FWD Takaful berusaha untuk mewujudkan pasaran yang lebih mantap dengan menjadikan ia lebih mudah untuk diakses melalui penyelesaian lebih luas agar dapat memenuhi kehendak rakyat Malaysia bersama dengan MTA serta pengendali takaful lain dalam industri.

“Inisiatif ‘Race for Cover Towards Takaful 2020’ menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan perlindungan kesihatan dan perubatan kerana kos perubatan terus meningkat dan sistem penjagaan kesihatan awam terus terkesan akibat pandemik COVID19,” katanya.

Salim Majid berkata, FWD Takaful mempromosikan penyelesaian yang inovatif, FWD Family First, yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal untuk seluruh ahli keluarga agar para peserta tidak perlu menyertai pelbagai pelan untuk setiap individu.

Ciri-ciri dan manfaat FWD Family First termasuklah perlindungan sehingga empat orang anak, perlindungan meluas 100 peratus dengan jumlah dilindungi dibayar untuk 36 penyakit kritikal utama, perlindungan untuk seisi keluarga sehingga RM1 juta, manfaat kematian dan tiada masa menunggu minimum antara tuntutan.

Bagi maklumat lanjut, layari fwd.com.my/en/protect/fwd-family-first,  hubungi talian 1300 13 7988 atau email ke contact.my@fwd.com. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here