MELAKA, 19 Dis — Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu kawasan hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang perlu terlebih dahulu membuat penilaian risiko di kawasan berkenaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara sama akan dibuat berhubung cadangan kerajaan negeri Melaka untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Jasin.

“Kita akan bincang cadangan ini pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Isnin ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) ke-27 di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dilaporkan berkata kerajaan negeri Melaka bercadang melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Jasin berikutan pertambahan kes jangkitan COVID-19 membabitkan banduan dan orang kena tahan di institusi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada Januari, akan dihadiri satu perempat ahli bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah yang masih lagi di bawah pelaksanaan di bawah PKPB, Ismail 

“Mungkin kita akan bincang tentang tiga negeri ini (bagaimana untuk melaksanakan mesyuarat secara fizikal). Yang lain-lain kita akan mulakan pada 1 Jan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here