KUALA LUMPUR, 8 Jan — Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y), memulakan 2021 dengan meneruskan usaha mereka dalam memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang menjaga rakyat berikutan pandemik COVID-19.

MR D.I.Y memberi sumbangan menerusi pemasangan 35 perisai pelindung di 12 balai polis sekitar daerag Hulu Langat dan Seri Kembangan di Selangor.

“Balai polis terlibat adalah Balai Polis Batu 18, Batu 14, Batu 9, Kajang, Bandar Tun Hussein Onn, Sungai Long, Semenyih, Beranang, Bukit Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, dan juga Balai Polis Cawangan Trafik Kajang,” kata Pengerusi Kumpulannya Datuk Azlam Shah Alias dalam satu kenyataan hari ini.

Azlam berkata sehingga kini, peruncit itu telah menyumbang kelengkapan perlindungan diri kepada lebih 66 hospital seluruh negara.

Pada awalnya, fokus kami adalah untuk menjaga petugas barisan hadapan kesihatan dan komuniti yang terkesan, sekarang kami menyalurkan bantuan dan sokongan kepada petugas barisan hadapan lain yang turut membantu untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia, katanya.

“Pasukan polis telah berkhidmat melangkaui tugasan harian mereka dan sering berhubung dengan orang ramai ketika menjalankan tugas. Kami berharap perisai pelindung ini dapat membantu persekitaran kerja menjadi lebih selamat,” katanya.

Ini merupakan inisiatif kelima MR D.I.Y. dalam usahanya membantu negara menangani pandemik COVID-19.

Pada 2020, MR D.I.Y menyumbang lebih daripada 11,835 pakaian perlindungan diri (PPE), 1.1 juta pelitup muka tiga lapis, 21,900 cecair pembasmi kuman dan 29,400 pelindung muka untuk petugas barisan hadapan dan komuniti di Malaysia, sekaligus membuktikan komitmen peruncit itu dalam khidmat masyarakatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here