KUANTAN, 19 Mac — Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) melancarkan Kempen Keselamatan 2021 bagi mencapai ‘zero Lost Time Injury (LTI)’ dalam pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Selasa lepas.

Pelancaran yang berlangsung di Maran, kira-kira 59 kilometer dari sini, dirasmikan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak dan Pengarah Urusan CCC-ECRL Bai Yinzhan. 

Darwish berkata usaha berterusan pemilik projek, kontraktor utama dan subkontraktor projek ECRL penting bagi memastikan keselamatan di tempat kerja setiap masa, selain penerapan nilai positif budaya keselamatan akan menjadi kunci utama bagi mencapai objektif sifar LTI.

“MRL dan CCC-ECRL telah memupuk piawaian dan prosedur keselamatan yang tinggi kepada  pekerja kerana apsek kesihatan dan keselematan di tempat kerja sentiasa menjadi keutamaan projek ECRL. 

“Kita juga telah meneroka strategi mengenal pasti risiko kemalangan dan bahaya bagi menghalang ia berlaku di tapak projek kerana kami mahu persekitaran selamat di kawasan pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu, Bai pula berkata aspek keselamatan menjadi keutamaan mereka dan kempen tersebut akan memastikan kemajuan projek yang stabil tanpa kelewatan daripada kemalangan di tapak projek. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here