BEIJING, 29 Mac — Kumpulan pertama vaksin COVID-19 dihasilkan syarikat farmaseutikal China, SinoVac tiba di EL Salvador pada Ahad.

Duta China, Ou Jianhong dan Menteri Kesihatan EL Salvador, Francisco Alabi berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan vaksin itu.

Alabi mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan kepada El Salvador dalam usaha negara ini melawan pandemik COVID-19.

Menurutnya, vaksin tersebut memberi harapan serta membantu rakyat El Salvador mengatasi wabak untuk kembali menjalani kehidupan normal.

Ou Jianhong menyatakan, China memberi keutamaan terhadap bekalan vaksin kepada El Salvador sekali gus memperlihat kekukuhan hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara serta sokongan padu China terhadap usaha memerangi wabak.

Tegasnya China komited untuk memacu kerjasama erat dengan El Salvador ke tahap baharu untuk  membina komuniti berkongsi nasib kesihatan manusia.

Presiden Nayib Armando Bukele Ortez menerusi akaun media sosialnya pada Sabtu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan serta bantuan diberikan China. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here