AMMAN, 5 April  — Kumpulan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat China, Sinopharm yang dibeli kerajaan Jordan selamat tiba di Amman, Ahad malam.

Duta China ke Jordan, Chen Chuandong berkata, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China dan Jordan berganding bahu dan bekerjasama untuk melawan wabak.

Jelas Chen, ia secara tidak langsung memperlihatkan hubungan persahabatan yang erat antara rakyat kedua-dua negara.

Selain itu, katanya China komited membantu Jordan membeli vaksin buatan syarikat China serta turut menekankan kesediaan untuk membantu negara itu pulih daripada wabak secepat mungkin.

Pada ketika ini, keselamatan dan keberkesanan vaksin China telah mendapat pengiktirafan meluas daripada rakyat Jordan.

Untuk rekod, program pemvaksinan telah dilancarkan di Jordan bermula pada 13 Januari lalu.

Pihak berkuasa Jordan memaklumkan semua penduduk di negara itu boleh memohon untuk menerima vaksin secara sukarela dan percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here