SEREMBAN 9 April — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas 2,625 pakaian pelbagai jenama bernilai RM26,250 dalam dua serbuan di sebuah premis perniagaan dan sebuah rumah di Bandar Baru Enstek, Nilai, semalam.

Pengarahnya Ain Arjuna Aziz Zaman berkata dalam serbuan pertama yang dilaksanakan lapan anggota KPDNHEP di premis perniagaan itu, pihaknya merampas 2,025 pakaian bernilai RM20,250 dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang merupakan pemilik perniagaan.

Katanya, premis perniagaan berkenaan, yang beroperasi sekitar tahun, disyaki dijadikan stor penyimpanan barang tiruan untuk tujuan perniagaag

“Barangan tersebut dipercayai diperoleh dari luar negara dan dijual kepada pelanggan melalui platform perniagaan dalam talian untuk pasaran di dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, satu lagi serbuan di premis kediaman pemilik perniagaan itu pula menemukan 600 pakaian pelbagai jenama, disyaki barangan tiruan dengan anggaran nilai rampasan RM6,000.

Jelasnya, serbuan itu dilakukan hasil pemantauan dan risikan selama seminggu oleh anggota KPDNHEP Negeri Sembilan dan maklumat pengadu bagi cap dagang berkenaan.

Katanya, kesemua barangan berkenaan disita di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here