SATUN, 19 Jun — Pihak berkuasa Thailand merampas kira-kira 1.2 tan heroin dan metamfetamin bernilai hampir satu bilion baht yang ditinggalkan di hutan bakau berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di wilayah Satun.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa Maritim Thailand berkata dadah yang dibungkus dalam surat khabar dan disembunyikan dalam 39 peti buah serta plastik sayuran itu dijumpai bertaburan dekat hutan bakau di Khlong Tammalang, daerah Muang pada Khamis.

“Siasatan awal mendapati dadah itu dijatuhkan pengedar dan kemudian akan diambil kumpulan lain untuk diedarkan.

“Dadah itu untuk dipasarkan ke negara ketiga,” katanya.

Media tempatan melaporkan rampasan dadah itu adalah antara yang terbesar di wilayah Satun, dipercayai untuk dihantar ke Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here