IPOH, 24 Jun  — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak hari ini menerima 36 unit mesin Oxygen Concentrator 5L yang melibatkan kos berjumlah RM140,400 bagi kegunaan hospital di negeri ini.

Jabatan itu dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya berkata sumbangan berkenaan diterima daripada Malaysian Fo Guang Buddhist Light Association (BLIA) bersama Yayasan Sin Chew.

“Alatan perubatan ini digunakan bagi pengurusan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan, terutamanya dalam pandemik COVID-19 ketika ini,” menurut kenyataan itu.

Sumbangan itu disampaikan Master Hooi Hsing, Pengerusi BLIA Chapter Ipoh, Lei Fook Choy dan pasukannya kepada Pengarah JKN Perak Datuk Dr Ding Lay Ming, Pakar Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh merangkap Ketua Perkhidmatan Perubatan Negeri Perak dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Norisah Mahat Nor.

Hari ini, 120 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Perak berbanding 75 kes semalam dengan 25,469 kes kumulatif setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here