KUCHING, 27 Jun — Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) Sarawak akan memastikan semua pemain industri pelancongan Sarawak akan menerima vaksin COVID-19 dalam kadar segera secara berperingkat sebagai persediaan pembukaan semula sektor pelancongan.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sejak pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) sektor pelancongan pada 24 Jun lalu di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Stampin di sini, pihaknya telah menerima sambutan memberangsangkan.

“Walaupun kuota hanya sebanyak 2,000 dos sahaja buat masa ini, kita akan berusaha memastikan yang selebihnya turut mendapatkan vaksin secepat mengkin.

Kita mahu apabila sektor pelancongan dibuka nanti pelancong akan yakin kerana mereka (pemain industri) yang menyambut kedatangan pelancong telah divaksin,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Pratonton Di Belakang Tabir Festival Jazz Borneo secara maya di auditorium Bangunan Chemsain di sini, malam ini. 

Festival Jazz Borneo yang berlangsung selama 90 minit secara maya itu telah bermula sejak Jumaat lepas dan berakhir hari ini. Acara itu mendapat sambutan memberangsangkan dari serata dunia dengan 116,000 tontonan melalui pelbagai platform seperti TVS, media sosial dan Shopee Live.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here