KUALA LUMPUR, 5 Julai  — Sebanyak  250 premis diarahkan tutup atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara melalui Operasi Patuh (Op Patuh) yang bermula 25 Jun lepas hingga semalam.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata selain daripada itu, 1,919 premis dikompaun atas kesalahan sama.

Kompaun itu dikeluarkan hasil  202,591 pemeriksaan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi lain di seluruh negara.

Beliau berkata pemeriksaan itu dijalankan terhadap 25,651 kilang; 6,258 tapak pembinaan; 1,053 asrama penempatan pekerja; dan 169,629 premis perniagaan.

“Pemeriksaan dijalankan membabitkan seramai 5,366 anggota dan pegawai PDRM serta agensi lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here