KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seramai 550 kakitangan syarikat gedung pakaian Hari-Hari telah menerima vaksin pandemik COVID-19 melalui Program Vaksin COVID-19 Selangor (SelVAX).


Menurut Pengarah syarikat itu,  Amilludin Latip, dalam satu kenyataan, berkata syarikatnya mempunyai 1,300 seluruh negara kakitangan dan mereka disasarkan lengkap menerima vaksin pada awal Ogos ini.


“Sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik itu, syarikat menyediakan pengangkutan kepada kakitangan dan tempat tinggal bagi mereka berada di lokasi yang jauh.  Malah penajaan sepenuhnya untuk bayaran vaksin Selangkah Selvax,” katanya.


Beliau berkata Hari-Hari juga menjalankan SOP yang ketat dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka, sanitasi kedai setiap jam serta menghadkan kemasukan pelanggan ke dalam kedai.  


Bagi memastikan perjalanan perniagaan berjalan lancar, katanya, “Untuk tempoh penutupan kedai, Hari-Hari menjalankan jualan atas talian melalui Facebook page Hari-Hari, shopee Hari-Hari dan laman edagang www.ehari.com,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here