KUALA LUMPUR, 8 Sept — Sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

 Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 326,476 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV. 

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here