KUALA LUMPUR, 14 Sept — MeDKAD Sdn Bhd, pengeluar produk SALIXIUM mengumumkan ia mampu menghasilkan sehingga tujuh juta unit kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19, SALIXIUM (sampel calitan air liur/hidung) sebulan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi di Malaysia dan pasaran antarabangsa. 

Sehubungan itu, syarikat teknologi kesihatan berkenaan berkata ia telah melabur lebih RM10 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan pengambilan lebih 500 pekerja tempatan baharu sebagai tambahan kepada 700 pekerja sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama MeDKAD Ezuan Yaacob berkata ujian yang kerap adalah respon yang begitu kritikal dalam situasi pandemik COVID-19 dan  SALIXIUM dapat membantu mengesan kehadiran virus di tempat rawatan. 

“Dengan pelaburan dan perancangan pembangunan ini, kami optimis mampu menghasilkan sehingga tujuh juta unit kit ujian kendiri sebulan untuk memastikan agar rakyat, tanpa mengira pendapatan, mempunyai akses kepada produk kami,” tambah beliau.

Dilancarkan ke pasaran pada bulan Julai tahun ini dan boleh didapati dengan mudah di farmasi dan fasiliti kesihatan yang berdaftar seluruh negara, SALIXIUM adalah produk buatan Malaysia pertama dari jenisnya dan telahpun diluluskan untuk penjualan di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan.

Hasil ujian menunjukkan bahawa ukuran sensitiviti SALIXIUM adalah 91.23 peratus dan ukuran spesifikasi adalah 100 peratus, menjadikan ia antara yang paling tepat di pasaran, demikian menurut kenyataan syarikat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here