KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pharmaniaga Bhd memberi jaminan kepada para ibu bapa bahawa vaksin COVID-19 Sinovac bagi kanak-kanak dan remaja adalah selamat, dengan lebih 63 juta dos vaksin berkenaan telah diberikan kepada rakyat China yang berumur antara 12 dan17 tahun sehingga kini.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan hari berkata analisis kesan imunisasi Adverse Events Following Immunisation (AEFI) terhadap 63 juta vaksinasi mencadangkan bahawa vaksin Sinovac memiliki profil keselamatan yang baik secara keseluruhannya dalam kalangan populasi kanak-kanak, dengan data yang dikumpul kebanyakannya merujuk kepada suntikan rutin di lapangan dengan simpton biasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Ubat-ubatan (DCA) telah meluluskan penggunaan vaksin Sinovac COVID-19 bagi kanak-kanak dan remaja.

Sementara itu pengarah urusan kumpulan Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata vaksin itu digunakan secara meluas dalam kalangan populasi muda berumur antara 12 dan 17 tahun di China, dan sehingga kini tiada rekod mengenai sebarang maklumat risiko keselamatan mengenai AEFI berkaitan vaksinasi itu yang timbul.

Menurut kenyataan itu vaksin berkenaan boleh didapati di beberapa hopital serta klinik swasta terpiih terpilih tidak lama lagi, sebagai pilihan kepada ibu bapa, dan menambah simptom termasuk pening serta mual, merupakan keadaan biasa.

Menurutnya vaksin COVID-19 Sinovac dibangunkan menggunakan virus tidak aktif, yang merupakan teknologi cukup maju melebihi 40 tahun, yang juga biasa digunakan dalam banyak jenis vaksin dalam pasaran, termasuk bagi penyakit polio, Hepatitis A dan rabies.

Jumaat lepas Dr Noor Hisham berkata vaksin Sinovac COVID-19 bagi remaja berumur 12 tahun dan keatas adalah dibenarkan sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat ke-36 DCA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here