KUALA LUMPUR, 7 Nov  — Sejumlah RM4 juta diperuntukkan untuk membangun dan menaik taraf Bazar Melawati di sini, yang akan memanfaatkan 81 penjaja dan peniaga kecil sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung apabila ia siap pada Mei 2023.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata usaha itu adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara selepas terkesan akibat pandemik COVID-19.

“… dengan prasarana yang lebih baik ini, ia dapat membantu penjaja dan peniaga kecil untuk meningkatkan hasil mereka sekali gus memberikan perkhidmatan dan produk yang lebih berkualiti kepada pengguna pada masa akan datang.

“Buat sementara waktu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang meneliti lokasi bersesuaian untuk dijadikan tapak perniagaan sementara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Teh bersama persatuan peniaga dan penduduk Taman Melawati di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here