KUALA LUMPUR, 13 Jan  — Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) hari ini menerima kunjungan kerja julung-julung kalinya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Menara Kembar PETRONAS.

Turut hadir bersama ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kata syarikat minyak dan gas negara itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Delegasi Perdana Menteri disambut oleh Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik dan barisan kepimpinan syarikat serta warga kerjanya.

 Perdana Menteri dibawa melawat ke pusat kerjasama digital PETRONAS untuk taklimat operasi syarikat yang merangkumi usaha PETRONAS dalam peralihan tenaga, pembangunan tempatan bagi industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas, serta pendigitalan operasi.

“Perdana Menteri turut melawat dek tinjau Menara Kembar PETRONAS di aras 86, serta pameran ‘Berkembang Maju Bersama’ yang memaparkan usaha pembangunan modal insan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar di Jejantas Udara di aras 42.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here