PUTRAJAYA, 27 Feb  — Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapat keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Feb lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, kementerian memaklumkan rakyat Malaysia yang terjejas telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara.

Selain itu kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia di Queensland supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra melalui telefon atau e-mel seperti berikut: Suruhanjaya Malaysia di Canberra, Australia 7, Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Tel: +61261 200 300/310, +61416 334 901 atau e-mel: mwcanberra@kln.gov.my.

Menurut laporan berita antarabangsa, kejadian banjir besar ekoran hujan lebat yang melanda wilayah itu sejak seminggu lalu telah mengorbankan enam orang setakat ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here