KUALA LUMPUR, 2 Mac — Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak dan mengemas kini dari semasa ke semasa untuk memperluaskan pemberian elaun khas kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang mengurus wabak COVID-19 di negara ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata selain doktor, jururawat dan pemandu ambulans yang ketika ini termasuk dalam kalangan petugas yang layak menerima elaun khas tersebut, namun masih terdapat kumpulan lain kesihatan yang terlibat dalam pengurusan wabak itu.

“Kumpulan yang layak menerima elaun khas ini akan kita semak akan kemas kini dari semasa ke semasa, contohnya ahli fisioterapi yang terlibat dalam rawatan pesakit ‘long COVID’ yang kita fikir menepati kriteria untuk mendapat elaun khas tersebut,” katanya ketika sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang mahu Khairy menyatakan berkenaan pembayaran bonus kepada pekerja barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan.

Khairy berkata sehingga 31 Dis tahun lalu sebanyak RM1.1 bilion elaun khas telah dibayar kepada petugas barisan hadapan kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here