KUALA LUMPUR, 19 Mei — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik.

Beliau berkata ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan mereka masih patuh dengan prosedur operasi standard dalam mengekang penularan COVID-19.

“Kita lihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan ke endemik, apabila berada di kawasan terbuka atau di luar masih lagi pakai pelitup muka.

“Ini bermakna rakyat Malaysia sudah tahu macam mana nak ‘hidup’ dengan COVID-19. Mereka juga tahu sekiranya ada gejala, tidak keluar, tidak campur atau mereka akan mengasingkan diri,” katanya selepas merasmikan persidangan Hari Asma Sedunia 2022 di sini hari ini.

Khairy diminta mengulas mengenai faktor jumlah kes COVID-19 yang dilihat masih terkawal sejak kebelakangan ini meskipun dijangka meningkat selepas musim perayaan Aidilfitri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here