BEIJING, 29 Jun — Angkasawan Shenzhou-13 yang terdiri Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu buat pertama kalinya bertemu pihak media dan khalayak sejak kembali ke Bumi pada 16 April lalu. 

Pertemuan itu diadakan pada Selasa dan Ketua Pasukan Angkasawan Jing Haipeng, turut berkongsi mengenai situasi pemulihan serta rancangan susulan kru angkasawan Shenzhou-13 itu.

Mereka telah menyelesaikan kuarantin dan menjalani proses pemulihan dalam beberapa fasa, dan kini telah memasuki fasa pemerhatian.

Ketika ini, keadaan fizikal dan mental mereka berada dalam keadaan baik dan keputusan beberapa pemeriksaan perubatan menunjukkan keadaan mereka adalah normal.

Mereka akan kembali mejalankan latihan seperti biasa selepas lulus semua penilaian yang ditetapkan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here