KUALA LUMPUR, 27 Julai — Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di negara ini ketika ini.

TNB dalam hantaran di Facebook menerusi akaun TNB Careline memaklumkan pasukan teknikal TNB sedang mengenal pasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” menurut hantaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here