HAIKOU, 29 Julai — Perusahaan dari negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) aktif mengambil bahagian dalam Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) kedua yang berlangsung di Haikou, wilayah Hainan.

Pada edisi kali ini, kesemua syarikat itu memberi lebih  tumpuan terhadap usaha meneroka peluang perniagaan baharu susulan pelaksanaan RCEP yang bermula tahun ini.

Difahamkan, syarikat dari negara RCEP termasuk Jepun, Korea Selatan dan Malaysia menempah reruai pameran melebihi 5,000 meter persegi, iaitu 20 peratus lebih luas berbanding tahun lepas.

Demi memanfaatkan tarif keutamaan dengan lebih berkesan,  perusahaan berkenaan juga aktif meneliti peraturan tempat asal RCEP bagi produk yang diperdagangkan, di samping merancang pengubahsuaian rantaian perindustrian dan bekalan di kawasan serantau. 

Penganjuran CICPE bukan sahaja menjana sektor pengguna, tetapi juga memangkin memangkin keterbukaan bertaraf tinggi di pelabuhan perdagangan bebas Hainan.

Malahan, sesetengah syarikat Thailand turut memandang Hainan sebagai ‘fulkrum’ penting untuk meneroka pasaran China.

Konsul Perdagangan Thailand ke Guangzhou, Oranuch Wannapinyo berkata, selain mempromosi jenama sendiri yang berkualiti di arena antarabangsa, syarikat Thailand di CICPE juga berpeluang memperkasa kerjasama dengan negara anggota RCEP.

Beliau juga berkeyakinan terhadap prospek kerjasama yang didukung bersama RCEP dan penubuhan pelabuhan perdagangan bebas di Hainan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here