KOTA BHARU, 12 Ogos — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menggerakkan 1,860 komuniti Keluarga Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya telah melantik pengerusi jawatankuasa induk bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang turut melibatkan program di peringkat negeri untuk rakyat sama-sama meraikannya.

“Kita galakkan komuniti sepanjang bulan Ogos tanpa perlu menunggu tarikh 31 Ogos, jadi saya percaya usaha ini akan berjalan secara berperingkat-peringkat termasuk pemberian bantuan kepada hampir 150 kawasan parlimen.

Pemberian bantuan ini menerusi peruntukan kira-kira RM10,000 berdasarkan permohonan yang dibuat oleh Ahli Parlimen berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kok Lanas, di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh percaya kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan diraikan secara meriah berbanding tahun sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here