BEIJING, 1 Sept — Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berpendapat bahawa pencapaian terbesar China dalam tahun mutakhir ini ialah kejayaannya dalam membendung kesan negatif COVID-19.

Menurut beliau China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk ialah negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia, dan menghadapi cabaran yang ketara berbeza berbanding cabaran dilalui negara lain seperti Malaysia.

“Hakikat bahawa jumlah mereka yang meninggal dunia dan yang terjangkit wabak COVID-19 (di China) amat rendah secara relatifnya jika dibanding dengan jumlah (keseluruhan) penduduknya.

“Di samping itu, ekonomi China terus menjana pekerjaan dan boleh dikatakan tidak berhenti sebagai pusat pembuatan terbesar dunia,” kata Raja Nushirwan.

Beliau turut menyifatkan situasi itu  berperanan sangat penting bagi memastikan keseluruhan ekonomi dunia tidak mengalami kesan yang jauh lebih buruk.  

Duta itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here