KUALA LUMPUR, 8 Sept — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada komuniti Malayalee.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada masyarakat Malayalee di Malaysia,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara.

Onam merupakan festival menuai masyarakat Malayalee, diraikan pada bulan pertama kalendar Malayalam yang dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan Ogos-September).

Perayaan yang secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India itu disambut bagi meraikan maharaja legenda (Bali Chakravarthi atau Mahabali) yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here