KUALA LUMPUR, 8 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada seluruh komuniti Malayalee.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berharap perayaan itu akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua masyarakat Malayalee di negara ini.

“Semoga keharmonian dan kesejahteraan Keluarga Malaysia terus utuh dengan kepelbagaian perayaan yang dirai di negara ini,” katanya.

Onam merupakan festival menuai masyarakat Malayalee yang dirai pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan Ogos-September).

Perayaan itu, yang secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala di bahagian selatan India, disambut bagi meraikan maharaja legenda (Bali Chakravarthi atau Mahabali) yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here