SHAH ALAM, 4 Nov — Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang terlibat sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bercuti daripada tugasan rasmi atas kapasiti masing-masing bermula dari hari penamaan calon esok hingga 19 Nov.

Ahli MMKN yang terlibat pada PRU15 adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari selaku calon bagi kerusi Parlimen Gombak, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (Parlimen Ampang) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V. Ganabatirau (Parlimen Klang).

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan yang dibuat ketika sidang mesyuarat pada Rabu lepas itu dipersetujui bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh PRU15 berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal bagi PRU15 pada 15 Nov manakala hari pengundian pada 19 Nov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here