LARUT, 7 Nov — Kepentingan peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam mengawal keselamatan negara tidak dapat dinafikan apabila mereka berjaya menyumbang kepada tangkapan pelbagai kes rentas sempadan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata antara tangkapan yang berjaya dilakukan termasuklah cubaan membawa masuk dadah dan kesalahan pemerdagangan manusia ke negara ini.

“Semua itu telah berhasil antaranya melalui kerjasama dengan menjadi mata dan telinga yang kita lakukan melalui anggota RELA sendiri serta latihan yang diberikan,” katanya kepada media dalam satu temu bual.

Beliau yang juga penyandang Ahli Parlimen Larut berkata setakat ini hampir 1,000 anggota RELA telah menjalani latihan termasuk kemahiran menggunakan senjata bagi tugas dan operasi di kawasan berisiko.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here