BENTONG, 9 Nov — Dalam sesi turun padangnya bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) berkempen, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meminta pengundi memberikan sokongan kepada calon muda yang diketengahkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata pemilihan calon muda merupakan pendekatan yang baik bagi mengetengahkan potensi pemimpin masa depan negara.

“Sesetengah calon baru ini mungkin dilihat macam ada kekurangan sebab mereka baru… tapi kalau saya melihat balik, saya menjadi calon sewaktu berumur 28 tahun dan boleh berkhidmat lama kumpul pengalaman.   

“Ia menandakan BN melihat kepada masa depan, untuk melatih pemimpin muda yang mempunyai potensi,” katanya majlis penyerahan peranti komuniti sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Felda Lurah Bilut, di sini hari ini.

Siri turun padang beliau bagi membantu calon-calon BN berkempen itu turut disertai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut Wong Siew Mun.

Pada PRU15, Wong akan ditentang Mohd Shokri Mahmood (Pejuang-Putra), Datuk Seri Chandra Balabedha (PN-Gerakan) dan Lee Chin Chen (PH-DAP).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU15 manakala 15 Nov hari pengundian awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here