PETALING JAYA, 26 Nov — Pas tidak menyertai kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pendirian ini demi kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang memilih parti itu dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

“Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, Pas berpendirian tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh PH dan DAP.

“Ini demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih Pas dan PN pada PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, susulan itu Pas akan berperanan sebagai blok semak dan seimbang yang berkesan.

“Pas akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here