PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) — Cadangan untuk memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet adalah tidak munasabah kerana perkara berkaitan pencen termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ada yang uar-uarkan kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan menimbangkan untuk mengurangkan pencen, itu tidak munasabah kerana isu ini soal perlembagaan dan harus diteliti dan dirujuk semua pihak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Menurut Noor Amin, berdasarkan sistem semasa negara dan jumlah bekas Kabinet yang layak menerima pencen, kos yang ditanggung untuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen adalah RM100 hingga RM150 juta setahun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setakat ini tindakan yang boleh dilaksanakan sebagai langkah penjimatan adalah bekas menteri yang mendapat kemudahan kereta, dibatalkan.

“Setakat ini, (langkah) itu lebih baik (kerana) melibatkan peraturan pentadbiran dan tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here