GEORGE TOWN, 12 Jan — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan dikendalikan empat nelayan Myanmar di kedudukan 38 batu nautika barat laut Muka Head, dekat sini semala

Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata bot kelas C itu dikesan kapal peronda APMM ketika melaksanakan rondaan rutin pada 10.10 pagi.

“Pemeriksaan mendapati bot itu berpangkalan di Hutan Melintang, Perak manakala empat lelaki berusia 31 hingga 51 tahun berkenaan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya pihaknya turut merampas bot dan kira-kira 500 kilogram hasil laut serta akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha atau pemilik bot yang masih berdegil menggunakan pendatang tanpa izin untuk bekerja di atas bot mereka walaupun tangkapan dan amaran telah diberikan sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here