BEIJING, 24 Jan — Pemain video dalam talian ‘World of Warcraft’ di China mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Azeroth susulan ia terpaksa ditamatkan dalam masa terdekat.

Tindakan itu diambil berikutan kegagalan pembangun perisian Amerika Syarikat (AS), Blizzard dan rakan kongsi tempatan, NetEase, gagal menyelesaikan pertikaian antara mereka.

Permainan yang amat popular di seluruh dunia, terutama pada tahun 2000-an dengan singkatan nama WoW ialah permainan berbilang peranan dalam talian yang berlatarkan dunia fantasi zaman purba di mana kebaikan melawan kejahatan.

Ia dikenali sebagai permainan yang amat mengasyikkan dan membuatkan pemain ketagih, dengan ada pemain menghabiskan masa ratusan jam bermain. 

Permainan Blizzard berada di China sejak 2008 dengan kerjasama NetEase, di mana di bawah undang-undang tempatan, syarikat asing dikehendaki bekerjasama dengan firma China untuk memasuki pasaran.

Tetapi selepas 14 tahun dengan berjuta-juta pemain di China, kedua-dua firma itu mengumumkan pada November lalu bahawa perbincangan mengenai memperbaharui kontrak gagal membawa kepada perjanjian.

Selain itu, antara permainan video lain yang akan mengalami nasib yang sama termasuk ‘Overwatch’, ‘Diablo III’ dan ‘Hearthstone’.

Minggu lalu, Blizzard China berkata, ia meminta lanjutan kontrak selama enam bulan tetapi ditolak oleh NetEase.

Susulan itu, Blizzard sedang dalam perbincangan dengan beberapa rakan kongsi berpotensi untuk terus menawarkan permainan itu di China.

“Penyahaktifan pelayan China bukanlah ‘penghujungnya’ tetapi hanya penggantungan sementara kerana tidak berpuas hati,” kata Blizzard China. 

Ini berikutan data pengguna yang disimpan boleh digunakan jika permainan itu kembali ke China.

Sementara itu, Presiden NetEase, Simon Zhu, berkata suatu hari nanti, apabila apa yang berlaku di sebalik tabir dapat didedahkan, syarikat pembangun perisian dan pemain akan menyedari betapa banyak kerosakan boleh dilakukan seseorang yang tidak berguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here