BEIJING, 28 Jan — Pameran buku Tahun Baharu China (TBC) di kedai buku Mandarin seberang laut edisi ke-13 dilancarkan di seluruh dunia mutakhir ini.

Pameran yang bertemakan  “Membaca China” diadakan serentak di 85 kedai buku di 27 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Thailand, Nepal, Singapura, Jepun dan lain-lain. 

Pameran kali ini mengetengahkan cara interaktif, dan akan menjadi wadah kepada pembaca dari seluruh dunia untuk memahami kebudayaan China dan lebih mengenali negara ini pada era baharu.

Para pengunjung berpeluang menyertai acara menulis kaligrafi dan melukis lukisan tradisional China, mencuba permainan teka-teki pada tanglong, dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here