MILAN, 1 Feb — Itali akan melonggarkan kawalan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China iaitu dengan melakukan ujian pengesanan rawak di lapangan terbang berkenaan dan bukan secara wajib. 

Di bawah perintah baharu yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Itali, Orazio Schillaci, pihaknya mewajibkan mereka yang tiba dari negara berkenaan untuk membuat saringan COVID-19 dan dalam tempoh 48 jam selepas berlepas serta akan menjalani ujian tambahan ‘saringan rawak’ di lapangan terbang. 

Sebelum ini, pada 28 Disember lalu Itali mengenakan ujian COVID-19 mandatori dan penjujukan virus untuk pelancong yang tiba dari China. 

Perintah yang berkuatkuasa hari ini akan sah sehingga akhir Februari ini. 

Tindakan yang dilakukan oleh Itali berbeza dengan Perancis apabila negara itu melanjutkan ujian mandatori terhadap pelancong China sehingga 15 Februari ini. 

Skala wabak di China menimbulkan keraguan sehingga mendorong banyak negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun untuk mengenakan syarat kemasukan terhadap pelancong negara berkenaan. 

Pembukaan semula sempadan China pada 8 Januari lalu membuatkan ramai penduduknya kembali melancong dan membeli belah sehingga menjadikan nilai pasaran bernilai AS$255 bilion (RM1.08 trilion) setahun di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here