VIENTIANE, 10 Feb – Laos sudah memulakan persiapan untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN 2024 dan mesyuarat peringkat kebangsaan bagi membincangkan persiapan itu diadakan pada Khamis di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut akhbar harian tempatan Vientiane Times pada Jumaat, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone.

Sehubungan itu, kira-kira 14 jawatankuasa kecil telah dilantik untuk menyelia persiapan bagi sidang kemuncak itu, lapor Xinhua.

Sidang kemuncak itu antara lain dijanga menumpukan perbincangan mengenai tiga tonggak Komuniti ASEAN, iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosiobudaya, apabila Laos mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2024.

Laos akan memegang jawatan itu dari 1 Jan hingga 31 Dis 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here