NANJING (China), 16 Feb – 6 maut dan 28 cedera dalam kebakaran bangunan di wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Kebakaran berlaku kira-kira 6.07 pagi di Perbandaran Weitang Daerah Xiangcheng di bandar Suzhou dan api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Mangsa yang cedera termasuk dua parah telah dihantar ke hospital.

Siasatan mengenal pasti punca kebakaran sedang dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here