KUALA LUMPUR, 16 Feb – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu sebelum mesyuarat MT malam ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan Twitternya, berkata Tengku Zafrul dilantik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat MT #UMNO pada 16 Feb dimulakan dengan Senator Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Ahli MT yang dilantik oleh Presiden UMNO,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here