ISTANBUL, 18 Feb – Pemain Ghana dari kelab Süper Lig Turkiye, Hatayspor, Christian Atsu disahkan meninggal dunia dalam gempa bumi yang melanda selatan negara itu pada 6 Feb, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik kenyataan kelabnya pada Sabtu.

Hatayaspor memaklumkan mayat Atsu ditemukan di bawah runtuhan Kediaman Rönesans di tengah Hatay.

“Pemain bola sepak kami Christian Atsu, kehilangan nyawanya di bawah runtuhan dan telah dihantar pulang ke tanah airnya, Ghana,” menurut ciapan Hatayaspor di Twitter.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Turkiye menerusi ciapan di Twitter: “Kami sangat sedih mengetahui kematian Christian Atsu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here