Seorang lelaki didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jun lepas. Hakim Azizah Ahmad turut memerintahkan Faizan Ashfaq Ahmed, 47 tahun selaku Orang Kena Saman dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here